top of page

Karnival MBMMBI

Matlamat melahirkan masyarakat yang berupaya menguasai Bahasa Malaysia (BM) dan Bahasa Inggeris (BI) dengan baik adalah antara fokus baharu dalam sistem pendidikan negara. Memartabatkan BM bermaksud meletakkan BM pada tempat yang sepatutnya, sesuai dengan kedudukannya sebagai bahasa kebangsaan manakala memperkukuh BI adalah untuk membolehkan penerokaan pelbagai ilmu dan meningkatkan persaingan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.


Bagi menyahut seruan ini, Panitia BM dan Panitia BI bekerjasama melaksanakan Karnival BM dan BI peringkat sekolah pada 18 hingga 19 Oktober 2023. Antara objektif program ini ialah meningkatkan penggunaan BM dan BI dalam aktiviti luar bilik darjah di samping mencungkil bakat dan potensi murid dalam bidang bahasa bagi membentuk pasukan pelapis sekolah dalam bidang koakademik.





0 views0 comments

Recent Posts

See All

Comments


bottom of page