top of page

Selamat Kembali Ke Sekolah

Kalendar sesi akademik 2023/2024 yang bermula pada 20 Mac 2023 mempunyai konsep pengoperasian pembukaan sekolah yang berlainan berbanding dari tahun-tahun lepas.

 

Melalui Pekeliling Bilangan 5 Tahun 2023 (Pengurusan Minggu Pertama Persekolahan Sesi 2023/2024), kelas akademik tidak lagi perlu dijalankan pada minggu pertama persekolahan.

 

Ini selaras dengan hasrat KPM untuk melahirkan Anak Yang Baik Lagi Cerdik (ABC) sesuai dengan tema pengurusan pembukaan sekolah Murid Ceria, Guru Bahagia, Sekolah Bitara dan Negara Sejahtera.

 

Warga sekolah turut teruja dengan inistiaf baharu ini kerana suasana sekolah pasti ceria. Hubungan para guru dan murid-murid bertambah akrab yang juga tentunya lebih bermotivasi nanti.

11 views0 comments

Recent Posts

See All

Comments


bottom of page